Wednesday, November 01, 2006

Pindaan terkini:Hari Keluarga Hj Othman 10-12 Disember 2006

Buat julung-julung kalinya, Percutian Keluarga Hj Othman akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Disember 2006 di Tanjung Resang, Mersing, Johor. ini hasil analisis dan survey awal yang telah dibuat oleh Hj Aris pada minggu lalu dan Ri & Aziz pada weekend baru-baru ini. Pengesahan dan diposit telah didahulukan oleh Aziz.

Program 3 hari dua malam termasuk penginapan, makan dan pelbagai aktiviti telah dirangka untuk semua. Aturcara tentatif antaranya melibatkan doa selamat, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, barbeque, cabutan bertuah, hadiah, memancing dan aktiviti bebas. Dijangka lebih kurang 60 ahli keluarga pelbagai peringkat dijangka bakal berkumpul. Marilah sama-sama memberi sokongan menjayakannya suasana yang pastinya meriah berlatarbelakangkan panorama yang indah.

Kos percutian adalah amat berpatutan berdasarkan pakej keseluruhan. Semua keluarga hanya perlu membayar kos yang minimum.Lebih 60% daripada keseluruhan kos adalah ditaja.Ini Macam tak percaya???


Anggaran kos RM7,000.oo hingga 8,200.00. Pecahan kos seperti di bawah:
a). Pakaj penginapan+makan+sukan RM3,400.00.
b). Barbeque RM600-1500(belum dapat nilai sebenar).
c). 15 cabutan bertuah(nilai RM30-RM200)= RM890.00.
d). cenderahati untuk embah wedok dan lanangRM100.00.
e). kiddy bag untuk 22 kanak2 RM110.00.
f). hadiah sukaneka (3 kumpulanX18 orang)=RM380.00
g). kos tambahan sukaneka dewasa&bawah umur =RM50.00
h). plastik/first aid kit/pentadbiran/contingency=RM120.00

Jumlah bayaran peserta RM3,100.00 (senarai mengikut keluarga akan diedarkan).Tajaan t/shirt RM1,300.00 oleh Izam&family. Kiddy bags utk 22 kanak-kanak RM110.00 oleh ila.
Baki RM3,680.00 masih memerlukan tajaan bagi yang berminat mengikut amaun berdasarkan kemampuan.

**Sumbangan adalah dialu-alukan mengikut kemampuan dan dihargai
untuk keluarga kita dalam bentuk:
i). wang tunai berjumlah RM 2,490.00
ii). barangan/hamper/tunai RM890.00 (RM30-200/cabutan)
iii).banner+hiasan/RM300.00
Sila maklumkan kepada ila/aziz sebelum 9/11/2006.

Aturcara program:

Hari pertama:10/11/2006
11am-2pm:pendaftaran (harap dipatuhi)
12-2pm makan tengah hari.
3.30pm: taklimat ringkas program dan minum petang.
4-6pm acara bebas/sukan pantai.
6.30pm makan malam.
7-8.30pm:solat berjemaah dan doa selamat
9.00pm:bebas/persiapan esok/memancing

hari ke2:11/12/2006:
5.45-6.30am:solat subuh
7-8am: sarapan pagi.
8.15-11.45am:sessi bergambar, sukaneka dan penyampaian hadiah.
12.15am makan tengah hari
1.15-3pm: solat dan rehat
3-6.30pm acara bebas dan minum petang.
7-7.30pm solat.
7.45-9.30pm:barbeque,cabutan bertuah dan hiburan ringkas yang dibenarkan.

Hari ke3 12/12/2006:
5.45-6.30am:solat subuh
7-8am: sarapan pagi.
8.15-10am:acara penutup, 3 cabutan bertuah utama, ucapan, cenderahati untuk embah, bermaaf-maafan, doa dan pulang.

(tertakluk kepada pindaan dan cadangan adalah dialu-alukan).

24 comments:

Anonymous said...

Senarai ahli pasukan kerja mengikut tugasan agar program yang diatur berjalan lancar akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Lokasi dan hal-hal lain tertakluk kepada perubahan dan akan disahkan dalam masa terdekat.

Maklumbalas, cadangan dan komen semua adalah dialu-alukan.

Janganlah sonyap ajer......

Anonymous said...

Besok Sabtu 4 dec.2006 saya dan bang ri akan ke mersing untuk bincang lanjut pasal harga dan lain lain yang berkaitan.

Anonymous said...

Esok 4 Nov. bukan 4 Dec. salah taip.

Anonymous said...

wahh... 1 * tuk cik la

Anonymous said...

bagus cik la

Anonymous said...

Hasil lawatan semalam setelah difikirkan kos dan lain lain hal tempat dan tarikh telah berubah.
TEMPAT : Teluk Gorek Tanjung Resang
Dari Mersing Selepas Air Papan.
TARIKH : 10,11 dan 12 Dec. 2006.

Maklumat lanjut tentang bayaran AJK yg dilantik pada peerbincangan di Kg tempoh hari ila akan update dalam satu dua hari

Anonymous said...

maman ajis, uyu letak jwtn..hehe, xdpt pegi la sebabnye ade program kt lumut dr 3-17dec. pape pun, untuk sume, have a nice vacation!! :) ha, jgn lupe, tambah acare solekan tuk kaum ibu ye..hehe

Anonymous said...

bestnyer..

Anonymous said...

mane lagi org2 ni.. sunyi je blog ni.

Anonymous said...

kak nurul x g ker?? hmm..sure kurang orang..

Anonymous said...

a'ah xpegi pon sebab akak ade misi untuk negare.. heheh! maman izam, stanby 1 baju lebey untuk uyu ek. nak jugak. :)

Anonymous said...

wah!!! mesti best erkk.. baru dapat tengok blog ni, maman ajis bawa balik komputer di kg jap. jumpa semua di sana... jangan tak datang!!

Anonymous said...

cik la, banner tu nak wat caner??

Anonymous said...

cik la dtg sorang ker??? ahakss..

Anonymous said...

ewah2 cikjah..

Anonymous said...

hehehe

Anonymous said...

nak bawak alat muzik blh?

Anonymous said...

sape yg nk bawak alat muzik tu? mane boley, nnt ikan2 udg2, sotg2 lari.. camane nak mancing,

Anonymous said...

tah sapew la 2 erkkk...kekeke..maner lagik org neyh??

Anonymous said...

mane lagik org? makin nak dkt makin x meriah plakz... 4 days to go....

fuad said...

ajsjajsjajsjasja

fuad said...

Aslkum...
Sorry kita x dpt joint u oll,
kita nye cuti kena tarik...maklumla keja bhgn service nie,org lain cuti,kita yg sibuk..isk,isk,isk..
mesti bestkn kat sana..insyaallah lain thn kita joint..
moga kalian bahagia d sana

Anonymous said...

bile nak bt lagi family day???
ok, cdgn untuk tempat untuk familyday yg seterusnye..
sile ler beri cdgn andaaa

Amirul Mustaqim said...

kalo nok kt area tganu le gok?
..kt rantau abang ke?
..air terjun sekayu ke?
..tasik kenyir ke?

cdangan tuh je stkat ni dpt..
klo ada cdangan laen lah kgsi2 dsini..